Serekh

Serekh dalam hieroglif


(Unicode: 𓊁 )
srḫ/ serekh
fakad (istana)

Dalam hieroglif Mesir, serekh ialah petak segi empat yang mewakili fakad atau bahagian luar istana berceruk ataupun berpintu gerbang yang di atasnya (biasanya) ada burung falkon Horus, menunjukkan bahawa teks yang terkandung nama diraja. Serekh merupakan konvensi terawal yang digunakan untuk membezakan nama diraja dalam ikonografi Mesir purba, mendahului kartusy yang lebih terkenal selama empat dinasti dan lima hingga tujuh ratus tahun.