Hapi (dewa)

Hapi
Hapi, digambarkan sebagai kembar, secara simbolik menyatukan Mesir Hulu dan Mesir Hilir
Nama dalam hieroglif

Pusat kultus utamaElephantine
SimbolTeratai
PasanganMeret (sesetengah laporan)

Hapi (bahasa Mesir: ḥꜥpj) merupakan dewa banjir tahunan sungai Nil dalam agama Mesir purba. Banjir membawa mendapan yang menyuburkan tanah di tebing sungai, membolehkan orang Mesir bercucuk tanam. Hapi amat disambuti oleh orang Mesir. Antara gelaran Hapi ialah "Dewa Ikan dan Burung Rawa" dan "Tuhan Sungai yang Membawa Tumbuhan"