Ipy (dewi)
| Ipy | |
|---|---|
| Pusat kultus utama | Thebes |
| Maklumat peribadi | |
| Zuriat | Osiris (sesetengah penceritaan) |
Ipy ialah dewi kesuburan Mesir purba. Dia juga dikenali sebagai Opet. Di Karnak dia dipanggil Ipet, dan dalam Papirus Sihir Demotik, dia dipanggil Apet, ibu api.
Dia digambarkan sebagai seekor badak air. Kadangkala dia digambarkan sebagai gabungan badak air, buaya, manusia dan singa. Biasanya dia digambarkan dengan kepala singa, badan badak air, lengan manusia dan kaki singa.
Dia juga dianggap penaung firaun dan diseru sebagai ibu. Dalam teologi Thebes, dia ibu kepada Osiris.
Dia mungkin pendahulu Taweret.