Hierakosfinks

Hierakosfinks (Bahasa Yunani Kuno: ἱερακόσφιγξ) ialah binatang mitos yang terdapat dalam arca-arca Mesir dan jata Eropah. Dewa Haroeris ("Horus Si Tua") biasa digambarkan sebagai hierakosfinks. Nama Hierakosfinks berasal daripada bahasa Yunani Ιερακόσφιγξ, daripada ἱέραξ (hierax "helang") + σφίγξ ("sfinks").