| Aten |
|---|
Aten seperti yang digambarkan dalam Zaman Amarna |
| Nama dalam hieroglif | (Lihat nama lain yang ditulis kartusy berganda) |
|---|
| Disembah di | Atenisme |
|---|
| Pusat kultus utama | Akhetaten, tapak arkeologi yang dikenali sebagai Tell-el Amarna |
|---|
| Simbol | Cakera matahari, sinaran cahaya yang mencapai dengan tangan |
|---|
| Kuil | Kuil Agung Aten, Kuil Aten Kecil |
|---|
Aten, juga Aton, Atonu, atau Itn (Mesir Purba: jtn, direkonstruksikan [ˈjaːtin]) ialah dewa tumpuan Atenisme, sistem agama yang ditubuhkan secara rasmi di Mesir purba oleh firaun Akhenaten pad zaman Dinasti Kelapan Belas lewat. Tarikh tepat untuk Dinasti Kelapan Belas diperdebatkan, namun julat tarikh umumnya meletakkan dinasti itu pada tahun 1550 hingga 1292 SM. Penyembahan Aten serta pemerintahan Akhenaten merupakan ciri-ciri utama untuk mengenal pasti suatu zaman dalam Dinasti Kelapan Belas yang digelarkan Zaman Amarna (s. 1353 – 1336 SM).