Khonsu

Khonsu
Dewa Khonsu sebagai helang
Dewa remaja dan bulan
Nama dalam hieroglif


Pusat kultus utamaThebes
Khonsu, dewa bulan Mesir kuno, digambarkan samaada sebagai helang mengenakan cakera bulan dikepalanya (kiri) atau sebagai anak Dewa Amun dan Dewi Mut.

Khonsu (bahasa Mesir: ḫnsw; juga Khensu, Khons, atau Khonshu; bahasa Qibti: Ϣⲟⲛⲥ, Shons) ialah dewa bulan Mesir Purba. Nama dia bermaksud "pengembara", dan ini mungkin merujuk pergerakan bulan yang dilihat setiap malam merentasi langit. Bersama-sama Thoth, dia menandakan peredaran masa. Khonsu memainkan peranan penting dalam penciptaan kehidupan baru dalam semua makhluk hidup. Di Thebes, dia salah seorang keluarga Triad Thebes bersama Mut sebagai ibunya dan Amun bapanya.