Arnab (buruj)
| Lepus | |
|---|---|
| Buruj | |
| Nama Latin | Lepus |
| Singkatan | Lep |
| Genitif | Leporis |
| Sebutan | /lepus/; genitif /leporis/ |
| Simbolisme | Arnab atau Kelinci atau Terwelu |
| Pencerapan | |
| (Epok J2000) | |
| 6 | |
| Keserongan | −20 |
| Sukuan | NQ2 |
| Keluarga | Belantik |
| Keluasan | 290 darjah persegi (ke-51) |
| Bintang | |
| Bintang utama | 8 |
Bintang Bayer/Flamsteed | 20 |
Bintang dengan planet | 3 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 2 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 3 |
Bintang paling terang | α Lep (Arneb) (2.58m) |
| Bintang terhampir | Gliese 229 (18.83 tc, 5.77 pc) |
| Objek | |
| Objek Messier | 1 |
| Pancuran meteor | Tiada |
| Buruj bersempadan | |
| Catatan | |
| Boleh dilihat pada garis lintang antara +63° dan −90°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Januari. | |
| sunting | |
Arnab (Arab: الأرنب al-ʾArnab), Kelinci, Terwelu, atau Lepus (Lep) ialah sebuah buruj yang terletak di selatan khatulistiwa samawi, benar-benar di selatan Orion (Belantik). Namanya dalam bahasa Latin bermaksud kelinci atau terwelu. Sungguhpun kelinci atau terwelu tidak mewakili mana-mana figura tertentu dalam mitologi Yunani, Lepus merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Buruj ini terletak di selatan buruj Orion (sang pemburu), dan kadang-kadang diwakilkan sebagai kelinci atau terwelu yang dikejar oleh Pemburu atau, alternatifnya, oleh Anjing-anjing Pemburu milik Belantik.
Buruj ini tidak patut dikelirukan dengan Lupus (Serigala).