Wepset



Wepset
dalam hieroglif Mesir

Wepset (wps.t) ialah seorang dewi Mesir purba. Dia salah satu personifikasi ular tedung ureus yang melindungi raja-raja; dia juga salah satu Mata Ra dan digelar "Si Mata" dalam Teks Keranda. Namanya bermaksud "dia yang membakar". Dalam teks-teks Kerajaan Baru, dia memusnahkan musuh-musuh Osiris. Dia dikatakan mempunyai sebuah kuil di pulau Bigeh namun tiada binaan seperti itu ditemui di sana. Akan tetapi, dia muncul di kuil dewa-dewa lain di Bigeh dan di Nubia Hilir.