Teks Piramid
Teks Piramid (Jawi: تيکس ڤيراميد), merupakan himpunan teks keagamaan Mesir purba, yang ditarikhkan berasal dari zaman Kerajaan Lama Mesir. Ia ditulis dalam bahasa Mesir Lama dan prasasti ini diukir pada dinding bilik bawah tanah dan pada keranda batu dalam piramid-piramid di Saqqara dari hujung Wangsa Kelima Mesir dan seluruh Wangsa Keenam Kerajaan Lama, hingga ke Wangsa Kelapan dalam Zaman Pertengahan Pertama Mesir.
Teks yang terlama berasal dari sekitar 2400–2300 SM. Berbanding Prasasti Larung dan Kitab Orang Mati, teks piramid hanya dibuat untuk firaun dan tidak bergambar. Prasasti ini adalah teks kedua tertua selepas Batu Palermo yang ada menyebut Osiris, dewa alam baqa terpenting dalam agama Mesir Purba.
Penggunaan dan penghasil teks piramid berubah-ubah mengikut Kerajaan Mesir Purba Lama, Pertengahan dan Baharu. Dalam Kerajaan Lama (2886 SM – 2181 SM), teks piramid hanya dijumpai dalam piramid firaun lelaki dan tiga firaun perempuan bernama Wedjebten, Neith, and Iput. Dalam Kerajaan Pertengahan (2055 SM – 1650 SM), teks piramid tidak ditulis di piramid firaun, tetapi mantera ahram masih lagi digunakan. Dalam Kerajaan Baharu (1550 SM – 1070 SM ), teks piramid hanya ada dalam makam pegawai sahaja.