Nephthys
| Nephthys | ||||
|---|---|---|---|---|
Nephthys biasanya digambarkan sebagai wanita muda, mengenakan penutup kepala berbentuk rumah dan bakul | ||||
| Dewi perkabungan | ||||
| Nama dalam hieroglif |
| |||
| Pusat kultus utama | tiada khusus, Diospolis Parva | |||
| Ibu bapa | Geb dan Nut | |||
| Adik-beradik | Isis, Osiris, Horus dan Set | |||
| Pasangan | Set | |||
Nephthys atau Nebet-Het dalam Bahasa Mesir purba (Yunani: Νέφθυς; Jawi: نيفثيس) adalah seorang dewi dalam agama Mesir purba. Selain ahli Ennead Heliopolis dalam mitologi Mesir, dia juga anak Nut dan Geb. Nephthys biasanya di sisi saudara perempuannya, Isis, dalam upacara pengebumian kerana mereka penaung mumia dan pelindung dewa Osiris. Dia juga isteri saudaranya, Set, dan ibu Anubis.
Dia dikaitkan dengan perkabungan, malam/kegelapan, khidmat (khususnya di kuil), bersalin, orang mati, perlindungan, sihir, kesihatan, pengawetan mayat dan bir.