Pskhent

Pskhent
Pskhent, mahkota berganda Mesir
Butiran
NegaraMesir purba
PendahuluDesyret
Hedjet

Pskhent (AFA: /pskʰént/; Yunani ψχέντ; Jawi: ڤسخينت) atau sekhemti (Jawi: سيخيمتي) ialah mahkota berganda yang dipakai oleh pemerintah Mesir purba. Orang Mesir purba dahulu memanggilnya Pa-sekhemti (pꜣ-sḫm.ty), yang bermaksud "Dua Yang Berkuasa" dan lalu diserap ke bahasa Yunani untuk menjadi pskhent. Mahkota ini menggabungkan kedua-dua mahkota putih Hedjet dari Mesir Hulu dan mahkota merah Desyret dari Mesir Hilir.

Pskhent melambangkan kuasa seorang firaun ke atas seluruh Mesir bersatu. Ia mempunyai dua lambang binatang: ular tedung Mesir, dikenali sebagai ureus, yang berdiri seakan-akan hendak mematuk dan melambangkan dewi Wadjet dari Mesir Hilir; dan burung hering Mesir yang melambangkan dewi penaung Mesir Hulu Nekhbet. Ini berdua diletakkan di depan mahkota Pskhent dan dipanggil Nebty (Dua Wanita).