Tentara Nasional Indonesia

Tentera Nasional Indonesia
TNI

Lambang Tentera Nasional Indonesia


Bendera Tentera Nasional Indonesia
Diasaskan 5 Oktober 1945 (1945-10-05) (dengan nama Tentara Keamanan Rakyat)
Bentuk kini 3 Jun 1947 (1947-06-03)
Cabang khidmat
Ibu pejabat Cilangkap, Jakarta
Kepimpinan
Panglima Tertinggi Presiden Prabowo Subianto
Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin
Panglima Tentara Nasional Indonesia Jeneral Agus Subiyanto
Usia masuk tentera 17
Pengerahan Tidak ada
Sedia berkhidmat
dalam tentera
131,000,000, usia 15–49 (2016)
Sesuai untuk
berkhidmat
108,000,000, usia 15–49  (2016)
Capaian usia masuk
tentera tahunan
4,500,000 (2016)
Kakitangan aktif 400,000 (Kedudukan 13th)
Kakitangan simpanan 400,000
8,574 (Komcad)
Kakitangan diatur 3,544
Perbelanjaan
Bajet AS$9.27 billion (2024)
Peratusan KDNK 0.6% (2024)
Industri
Pembekal domestik
Daftar
  • PT Pindad
  • PT Komodo Armaments
  • PT Enrol Sistem Indonesia
  • PT Sari Bahari Malang
  • PT Len Industri (Persero)
  • PT PAL
  • LAPAN
  • PT DI
  • PT DAHANA
  • PT SRITEX
  • PT Sentra Surya Eka Jaya (SSE)
  • CV Maju Mapan
  • PT Palindo Marine
  • PT Lundin Industry Invest
  • PT Citra Shipyard
  • PT Tesco Indomaritim
  • PT Dok dan Perkapalan (DKB) Kodja Bahari
  • PT Famatex
  • BPKTP
  • PT Fista Bahari Internusa
  • PT CMI Teknologi
Pembekal luar
Rencana berkaitan
Sejarah
Pangkat Lencana pangkat Tentera Nasional Indonesia

Seorang anggota infantri TNI-AD yang menyertai Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu

Tentara Nasional Indonesia (disingkatkan sebagai TNI) merupakan angkatan pertahanan Indonesia terdiri daripada tiga cabang utama diberi nama "angkatan bersenjata" iaitu Angkatan Darat, Angkatan Laut, dan Angkatan Udara. Setiap angkatan diketuai oleh seorang Ketua Staf Angkatan, dan ketiga-tiga Ketua Staf itu dipimpin oleh seorang Panglima TNI. Panglima TNI saat ini ialah Jenderal TNI Agus Subiyanto . Presiden Indonesia adalah Panglima Tertinggi TNI. Pada tahun 2016, ia mengandungi kira-kira 434,410 anggota tentera termasuk Korps Marinir Indonesia yang merupakan cabang dalam Angkatan Laut.

Dalam sejarahnya, TNI pernah digabungkan dengan pasukan polis dalam gabungan yang dipanggil Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI). Menurut Peraturan MPR No. VI/MPR/2000 tentang pemisahan TNI dengan POLRI, serta Peraturan MPR No. VII/MPR/2000 tentang peranan-peranan TNI dan POLRI, maka pada 30 September 2004, DPR Republik Indonesia meratifikasi Rang Undang-undang TNI yang kemudian dimeterai oleh Presiden Megawati pada 19 Oktober 2004.