Yang di-Pertua Dewan Negara
| Yang di-Pertua Dewan Negara | |
|---|---|
| يڠ دڤرتوا ديوان نڬارا | |
Penyandang Awang Bemee Awang Ali Basah sejak 22 Julai 2024 | |
| Dewan Negara | |
| Gelaran | Tuan Yang di-Pertua (rasmi) Tuan Speaker (tidak rasmi dan di dalam Dewan) |
| Lapor kepada | Dewan Negara |
| Bidang kuasa | Dewan Negara |
| Dilantik oleh | Dipilih oleh ahli-ahli Dewan Negara |
| Tempoh jawatan | Dipilih jika terdapat kekosongan |
| Surat cara pembentukan | Perlembagaan Persekutuan Malaysia |
| Penjawat sulung | Abdul Rahman Mohamed Yassin |
| Dibentuk | 1959 |
| Timbalan/naib | Nur Jazlan Mohamed |
| Gaji | RM362,000 setahun |
| Tapak web | Parlimen Malaysia |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
| Negara Anggota ASEAN |
| Portal Malaysia |
Yang di-Pertua Dewan Negara (Tulisan Jawi: يڠ دڤرتوا ديوان نڬارا) ialah pegawai pengerusi bagi Dewan Negara, dewan pertuanan bagi Parlimen Malaysia. Jawatan ini diwujudkan di bawah Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan.
Jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara ini serupa dengan jawatan pegawai pengerusi di Dewan Rakyat, di mana ia dipilih dalam kalangan ahli-ahli Dewan (juga dikenali sebagai senator) dan dianggap tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Jika seseorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu juga merupakan seorang senator dan dipilih untuk memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua, beliau perlulah meletak jawatan sebagai ADUN.
Yang di-Pertua Dewan Negara yang terkini belum ada penyandang. Mengikut kebiasaan, Yang di-Pertua akan dipanggil sebagai "Tuan Yang di-Pertua" atau "Tan Sri Yang di-Pertua".