Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar

Sultan Ibrahim
إبراهيم
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor
Sultan Ibrahim pada tahun 2025
Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Pemerintahan31 Januari 2024 – kini
Pertabalan20 Julai 2024
Didahului olehAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Sultan Pahang)
Perdana Menteri
Lihat semua
Sultan Johor
Pemerintahan23 Januari 2010 – kini
Kemahkotaan23 Mac 2015
Didahului olehSultan Iskandar
Tunku MahkotaTunku Ismail
Pemangku SultanTunku Ismail
Menteri Besar
Tunku Mahkota Johor
Tempoh3 Julai 1981 – 23 Januari 2010
Didahului olehTunku Mahmood Iskandar
Diikuti olehTunku Ismail
KeputeraanTunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar
(1958-11-22) 22 November 1958
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu
PasanganRaja Zarith Sofiah (k. 1982)
Anakanda1. Tunku Ismail
2. Tunku Tun Aminah
3. Tunku Idris
4. Tunku Abdul Jalil (mangkat pada 5 Disember 2015)
5. Tunku Abdul Rahman
6. Tunku Abu Bakar
Nama diraja
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
AyahandaSultan Iskandar
BondaEnche’ Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (née Josephine Ruby Trevorrow)
AgamaSunni Islam
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
 Johor
Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia
Askar Timbalan Setia
Tahun perkhidmatan1977–kini
Pangkat Fil Marsyal
Laksamana Armada
Marsyal Tentera Udara
(Panglima Angkatan Tentera)
Komando (JMF)
UnitAskar Timbalan Setia

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (Jawi: سلطان إبراهيم ابن المرحوم سلطان اسكندر; diputerakan pada (1958-11-22)22 November 1958) ialah Sultan Johor Moden ke-5 sejak tahun 2010. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17 sejak tahun 2024.

Pada 27 Oktober 2023, baginda telah dipilih oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17 dan istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan telah diadakan di Istana Negara pada 31 Januari 2024.

Baginda merupakan pengasas acara jelajah bermotosikal, Kembara Mahkota Johor disebabkan oleh minat baginda terhadap sukan pemotoran berkuasa tinggi. Pada 20 Julai 2024, baginda ditabalkan di Istana Negara untuk tempoh 5 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17.