Laut China Selatan
| Laut Melayu Laut Cina Selatan Laut Campa | |
|---|---|
Paparan imej satelit Laut Melayu | |
Bahagian timur laut Laut Melayu | |
| Lokasi | Asia Tenggara and Asia Timur |
| Jenis | Laut |
| Sebahagian dari | Lautan Pasifik |
| Sumber sungai |
|
| Negara lembangan | |
| Luas permukaan | 3,500,000 kilometer persegi (1,400,000 bt2) |
| Pulau | List of islands in the South China Sea |
| Peparit | Jurang Manila |
| Petempatan | Bandar besar
|
Laut Melayu (Jawi: لاؤت ملايو; Arab: بَحر المَلايُويّ, rumi: Baḥr Al-Malayuwiyy) atau Laut Cina Selatan (Jawi: لاؤت چينا سلاتن) atau Laut Campa (Jawi: لاؤت چمڤا; Arab: بَحر الصَنف, rumi: Baḥr Aṣ-Ṣanf) adalah sebuah laut bahagian Lautan Pasifik terbentang luas yang menghempas ombak bertemu daratan yang merangkumi semenanjung Asia Tenggara (pantai timur Malaysia Semenanjung, pantai timur Vietnam dan pantai timur Thailand Selatan), Kepulauan Riau, pulau Borneo, Kepulauan Luzon, Kepulauan Itu Aba, Teluk Siam, pulau Formosa dan selatan bagi barat daya tanah besar Cina (termasuk selat Taiwan, Hongkong dan juga Makau), merangkumi sekitar 3.500.000 km ². Laut ini berhubung dengan selat Melaka (Lautan Hindi) menerusi selat Singapura, dengan laut Jawa menerusi selat Karimata dan Bangka, dengan laut Filipina menerusi selat Luzon, dengan laut Sulu melalui selat-selat yang mengililingi kepulauan Palawan (seperti selat Mindodro dan Balabac), serta dengan laut China Timur menerusi selat Taiwan.
Bahagian Laut Melayu juga meliputi laut Natuna. Ia terletak di:
- Timur Semenanjung Melayu (Malaysia Semenanjung, Thailand Selatan dan Singapura) dan Vietnam,
- Barat Filipina,
- Utara Sabah (Malaysia), Sarawak (Malaysia), Brunei dan Kepulauan Riau (Indonesia), serta
- Selatan tenggara negara China dan pulau Formosa.
Beberapa buah kapal ternama telah tenggelam di sini. Antaranya, kapal perang British 'Prince of Wales' dan Repulse. Kapal-kapal laut Arab dan Belanda dan dinasti Ming turut dikatakan tenggelam di sini dan sebahagian daripadanya masih berada di dasar Laut Melayu.
Laut Melayu semakin penting kerana menjadi laluan kapal laut dari negara China, Jepun , Korea dan Amerika ke Barat iaitu ke Timur Tengah , India , Asia Selatan dan Afrika. Tambahan pula, dengan kewujudan telaga-telaga / pelantar petroleum dan gas asli terutama di perairan Sarawak, Brunei dan Terengganu. Laut ini juga disifatkan sebagai laluan strategik bagi perdagangan dan perikanan.