Kristian di Malaysia
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Kristian di Malaysia |
|---|
|
(Malay: Orang Kristian Malaysia) | |
|---|---|
Gereja St. Paul di bandar bersejarah Melaka, Malaysia | |
| Jumlah penduduk | |
| 2,980,787 (bancian 2020-2023) | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Sabah · Sarawak · Semenanjung Malaysia | |
| Bahasa | |
| Melayu · English Bahasa Borneo · Bahasa Tamil · Lain-Lain Bahasa India · Bahasa Indonesia · Bahasa Batak | |
| Agama | |
| Roman Katolik (50%) · Protestan (40%) · Kekristianan Karismatik · Eastern Orthodoxy |
| Sebahagian daripada siri tentang |
| Kristian |
|---|
| Portal Kristian |
Di Malaysia, masyarakat beragama Kristian adalah masyarakat ketiga terbesar selepas Buddhisme dan Islam. Masyarakat Kristian terdiri daripada anggaran 11.2% dari populasi penduduk Malaysia menurut informasi bancian Malaysia 2020-2023. Manakala, agama Kristian merupakan agama majoriti di Sarawak dengan bilangan 50.1% dari populasi Sarawak menyebut dirinya beragama Kristian. Terdapat sedikit populasi minoriti orang kristian di Semenanjung Malaysia yang tertumpu di bandar Klang, Pahang, Kuala Lumpur, Perak, Melaka, Pulau Pinang, serta Negeri Sembilan dan sebilangan populasi majoriti kristian ini adalah penduduk di Malaysia Timur iaitu Wilayah Sabah dan Sarawak. Mazhab-mazhab besar Kristian di Malaysia termasuk Anglikan, Malaysia Baptist Convention Christian, Brethren, gereja-gereja Charismatic Independent, Lutheran, Methodist, Presbyterian, Sidang Injil Borneo (30%-40%) dan majoritinya Roman Katolik (50%).