Makau

Makau
澳門
Kerajaan Ekonomi Khas Makau
Nama rasmi lain
  • Bahasa Cina:中華人民共和國澳門特別行政區
    Perumian Yale Bahasa Kantonis:Jūng'wàh Yàhnmàhn Guhng'wòhgwok Oumún Dahkbiht Hàhngjingkēui
    Bahasa Portugis:Região Administrativa Especial de Macau da República Popular da China
    Bahasa Inggeris:Macau Special Administrative Region of the People's Republic of China

Bendera

Lambang
Lokasi Makau dalam China
Negara berdaulatChina
Pajakan Portugis1557
Perjanjian Peking1 Disember 1887
Pengisytiharan Bersama China-Portugis26 Mac 1987
Penyerahan kepada China20 Disember 1999
Kariah terbesarNossa Senhora de Fátima (mengikut bilangan penduduk)
Bahasa rasmi
Tulisan rasmi
Kelompok etnik
(2016)
88.4% Orang Cina Han
4.6% Orang Filipina
2.4% Orang Vietnam
1.7% Orang Portugis
2.8% lain
Kerajaan/PemerintahPemerintah yang diketuai oleh badan eksekutif yang diturunkan kuasa dalam sebuah negara satu parti kesatuan
• Ketua Eksekutif
Ho Iat Seng
•  Setiausaha Pentadbiran dan Kehakiman
André Cheong Weng Chon
• Yang di-Pertua Dewan
Kou Hoi In
• Yang di-Pertua Mahkamah
Sam Hou Fai
Badan perundanganDewan Undangan
Perwakilan kebangsaan
12 wakil
• Persidangan Perundingan Politik Rakyat China
29 wakil
Keluasan
• Jumlah
115.3 km2 (44.5 bt2)
• Air (%)
73.7
Aras tertinggi
(Alto de Coloane)
172.4 m (565.6 ft)
Penduduk
• Anggaran 2022
672,800
• Kepadatan
20,300/km2 (52,576.8/sq mi) (ke-1)
KDNK (PKB)Anggaran 2023 
• Jumlah
$69.565 billion (ke-115)
• Per kapita
$98,157 (ke-9)
KDNK (nominal)Anggaran 2023 
• Jumlah
$38.480 billion (ke-100)
• Per kapita
$54,295 (ke-23)
Gini (2018)36.0
sederhana
IPM (2019) 0.922
sangat tinggi · ke-17
Mata WangPataca Makau (MOP)
Zon waktuUTC+08:00 (Waktu Piawai Makau)
Format tarikhhh/bb/tttt
tttt年bb月hh日
Bekalan elektrik sesalur220 V–50 Hz
Arah memandukiri
Kod panggilan+853
Kod ISO 3166
  • MO
  • CN-MO
DPT Internet
  • .mo
  • .澳門
  • .澳门
Awalan plat nomborTiada untuk kenderaan setempat, 粤Z untuk kenderaan rentas sempadan
Makau
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional澳門
Tulisan Cina Ringkas澳门
Maksud harfiahGerbang Teluk
Kawasan Pentadbiran Khas Makau
Tulisan Cina Tradisional澳門特別行政區 (atau 澳門特區)
Tulisan Cina Ringkas澳门特别行政区 (atau 澳门特区)
Portugis
PortugisRegião Administrativa Especial de Macau
[ʁɨʒiˈɐ̃w ɐdminiʃtɾɐˈtivɐ (ɨ)ʃpɨsiˈal dɨ mɐˈkaw]

Koordinat: 22°10′00″N, 113°33′00″E

Makau (Jawi: ماكاو ejaan lama ماكو‎; Cina tradisional: 澳門, Pinyin: Àomén Jyutping: Ou3mun2; Portugis: Macau) atau nama rasminya Kawasan Pentadbiran Khas Wilayah Makau (Tulisan Cina Tradisi: 中華人民共和國澳門特別行政區; Tulisan Cina Mudah: 中华人民共和国澳门特别行政区; lihat nama) merupakan suatu wilayah kecil di selatan China yang merupakan salah satu daripada dua Kawasan Pentadbiran Khas selain Hong Kong. Ditadbir oleh Portugal sehingga tahun 1999, ia merupakan koloni Eropah yang tertua di China dan diasaskan pada abad ke-16. Hak memerintah Makau telah dipindah milik ke Republik Rakyat China pada tahun 1999. Makau memainkan peranan unik sebagai penghubung antara China dan Barat terutama dalam hal-ehwal perdagangan pada pertengahan abad ke-16 sehingga abad ke-19.

Penduduk Makau menggunakan bahasa Kantonis, Mandarin, Portugis dan Inggeris untuk berkomunikasi. Orang Makau merujuk kepada penduduk tetap wilayah ini, akan tetapi secara khusus merujuk kepada etnik campuran Portugis dan Han.

Tarikan Makau selain daripada statusnya sebagai bekas wilayah jajahan Portugis adalah aktiviti perjudian dan kasino. Permainan perjudian yang paling popular merupakan permainan Pai Gow yang dimain dengan domino China meskipun aktiviti perjudian yang lain juga sah di sisi undang-undang. Pejudi-pejudi dari Hong Kong seringkali melawat Makau untuk berjudi sepanjang hari dengan perkhidmatan feri daripada syarikat hidrofoil yang berkhidmat selama 24 jam setiap hari. Orang Cina Malaysia yang kaya juga seringkali ke Makau untuk berjudi.