Jajahan Tumpat
Jajahan Tumpat
تومڤت 道北县 தும்பாட் | |
|---|---|
Bendera Mohor | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Kelantan |
| Pusat | Bandar Tumpat |
| Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Tumpat |
| Pentadbiran | |
| • Badan | Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat |
| • Ketua Jajahan | Mohamad Nazwan Bin Ismail |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 169.5 km2 (65.4 batu persegi) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 179,943 |
| • Kepadatan | 1,100/km2 (2,700/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Kod kawasan | 09 |
Jajahan Tumpat (Jawi: تومڤت) ialah sebuah jajahan di negeri Kelantan. Jajahan Tumpat merupakan jajahan terkecil di Kelantan dan terletak di penghujung utara negeri Kelantan. Jajahan Tumpat juga terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Pusat pentadbiran jajahan Tumpat ialah Bandar Tumpat.
Pendapatan Isi Rumah Penengah: RM3,749 pada tahun 2022, menjadikan Tumpat daerah kedua tertinggi di Kelantan selepas Kota Bharu.