Kota Kinabalu

Kota Kinabalu
كوتا كينبالو
Transkripsi lain
 • InggerisKota Kinabalu
 • KadazandusunDondoung
 • Mandarin亚庇 (Ringkas)
亞庇 (Tradisional)
Yà bì (Hanyu Pinyin)
 • BajauDeasoka
Dari kanan atas ikut arah pusingan jam: Menara Tun Mustapha, Tugu Ikan Todak, Wisma Tun Fuad Stephens, Persimpangan Wawasan, pusat bandar dan 1Borneo.
Nama panggilan: 'KK'
Lokasi Kota Kinabalu di Sabah
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat, Sabah
Diasaskan oleh SBUB1882
Pusat pemerintahan Borneo Utara1946
Penubuhan
(Menerima taraf bandaraya)
2 Februari 2000
DaerahKota Kinabalu
Pentadbiran
 • BadanDewan Bandaraya Kota Kinabalu
 • Datuk BandarDatuk Dr. Sabin Samitah
 • MP•Yang Berhormat Datuk Wilfred Madius Tangau (UPKO) (Tuaran)

•Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud (PKR) (Sepanggar)
•Yang Berhormat Datuk Chan Foong Hin (DAP) (Kota Kinabalu)
•Yang Berhormat Datuk Ir. Shahelmey Yahya (UMNO) (Putatan)

•Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick (UPKO) (Penampang)
Keluasan
 • Bandar351 km2 (136 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Bandar452,058
 • Metro
628,725
 Sumber daripada Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysia. Populasi metro dikira hasil gabungan populasi Kota Kinabalu dan Penampang.
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
88xxx; 89xxx
Kod kawasan088
Nombor platEJ, EJA, EJB (1967–1979)
SA/SAA (1979-2017), SAB/SAC (2011-2017), SY (2018-2023), SJ (2023-sekarang)
Laman sesawangwww.dbkk.sabah.gov.my
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longs"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "lats"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latm"

Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai "KK"merupakan bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000, memerlukan kira-kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dahulunya dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang. Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia.

Bandar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan juga Borneo. Taman Negara Kinabalu terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar ini dan terdapat banyak kawasan tarikan pelancong di sekitar kawasan ini. Kota Kinabalu juga merupakan salah satu daripada pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur. Kedua-dua faktor ini menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat berkembang di Malaysia. Badminton Masters Finals-Antarabangsa pada tahun 2008 juga diadakan di Kota Kinabalu ini sebelum ke Johor Bahru dan Taipei.