Dongchimi
| Dongchimi | |
|---|---|
Dongchimi dihidang sebagai banchan | |
| Jenis | Kimchi |
| Tempat asal | Korea |
| Suhu penghidangan | Sejuk |
| Bahan utama | Lobak putih, baechu, daun bawang, cili hijau, halia, bae |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Dongchimi | |
| Hangul | 동치미 |
|---|---|
| Hanja | 冬치미 |
| Perumian Semakan | dongchimi |
| McCune–Reischauer | tongchi'mi |
| Rencana ini sebahagian dari siri |
| Masakan Korea 한국 요리 조선 료리 |
|---|
Dongchimi adalah sejenis kimchi mengandungi lobak putih, baechu (hangul: 배추, kubis Cina), daun bawang, cili hijau ditapai, halia, bae (hangul 배: pear Korea) dan air garam dalam masakan Korea. Nama dong (hangul: 동; hanja: 冬; harfiah "musim sejuk") dan chimi (hangul: 치미, istilah kuno bagi kimchi), mencadangkan, kimchi ini secara tradisinya dimakan pada musim sejuk.
Dongchimi juga diperam seperti kimchi lain, tetapi tempoh matang yang agak pendek (2-3 hari). Walaupun ia boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun, ia biasanya dibuat semasa musim gimjang. Kawasan utara yang terdiri daripada Hamgyeong-do dan Pyeongan-do di Korea Utara amat terkenal dengan dongchimi mereka.
Dongchimi yang berair ini mempunyai rasanya yang jelas dan jernih dan digunakan sebagai sup untuk membuat dongchimi guksu (동치미 국수 sup mi sejuk dibuat dengan dongchimi) dan naengmyeon , atau disajikan dengan tteok atau keledek kukus untuk mengimbangi rasanya yang kuat.