Halia

Halia
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Z. officinale
Nama binomial
Zingiber officinale
Roscoe 1807

Halia (nama botani: Zingiber officinale) merupakan sejenis tumbuhan dalam genus Zingiber; rimpangnya diambil dan selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dan perubatan tradisional. Tanaman ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara Maritim dan diusahakan orang-orang Austronesia selain temu putih dan lempoyang tanaman-tanaman ini lama-kelamaan tersebar ke India, China, Afrika Barat dan kepulauan Karibia.

Rimpang mudanya dihiris, atau dilecek bersama sambal belacan yang dimakan sebagai ulam dengan nasi; rasanya sedikit pedas dan lidas. Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.