Kicap

Kicap
Nama alternatifkecap, tauyu
JenisSos, hasil soya 
Jenis sajianPenyedap dan perasa
Tempat asalCina
Kawasan/rantauAsia Timur dan Asia Tenggara
sunting · sunting di Wikidata

Kicap (Jawi: کيچڤ) atau tauyu (Jawi: تاويو dialek Baba serapan Hokkien 豆油, Pe̍h-ōe-jī: tāu-iû) ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.

Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.