Jeongol
| Jeongol | |
|---|---|
Seperiuk haemul jeongol (jeongol dengan pelbagai makanan laut) | |
| Jenis | Stu atau kaserol |
| Tempat asal | Korea |
| Bahan utama | Daging lembu atau makanan laut, sayuran, cendawan, perasa, rebusan |
| Keragaman/variasi | Sinseollo |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Jeongol | |
| Hangul | |
|---|---|
| Perumian Semakan | jeongol |
| McCune–Reischauer | chŏnkol |
| Rencana ini sebahagian dari siri |
| Masakan Korea 한국 요리 조선 료리 |
|---|
Jeongol adalah sejenis stu atau kaserol dalam masakan Korea. Ia sama dengan kategori stu Korea yang dikenali sebagai jjigae, dengan perbezaan utama ialah bahawa jjigae biasanya dibuat dengan hanya satu bahan utama, dan dinamakan sempena bahan tersebut (seperti kimchi jjigae atau sundubu jjigae), sementara jeongol biasanya mengandungi pelbagai bahan-bahan utama. Perbezaan tambahan adalah bahawa jeongol (seperti gujeolpan) pada asalnya adalah suatu hidangan untuk masyarakat Korea kelas atasan dan keluarga diraja, manakala jjigae adalah hidangan yang lebih mudah untuk orang kebanyakan.