Jeotgal

Jeotgal
Saeujeot di hadapan dan pelbagai jeotgal dijual di Pasar Gyeongdong, Seoul.
Nama Korea
Hangul
[젓갈 atau 젓 ] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)
Perumian SemakanJeotgal atau Jeot
McCune–ReischauerChŏtkal atau Chŏt

Jeotgal atau jeot (sebutan bahasa Korea: [tɕʌtkal]) adalah makanan ditapai asin dalam masakan Korea. Ia dibuat dengan pelbagai makanan laut, seperti udang, tiram, kerang, ikan, telur ikan, dan usus ikan.

Jeotgal digunakan terutamanya sebagai perasa dalam penjerukan kimchi dan sebagai sos mencelup kaki babi (jokbal) dan sosej darah/mi (sundae). Kadang-kadang jeotgal, biasanya saeujeot, ditambah kepada stu Korea (jjigae) dan sup (guk dan tang), untuk memberi rasa dan tidak menggunakan garam atau kicap (ganjang).

Jenis-jenis jeotgal berbeza-beza bergantung kepada bahan-bahan utama, wilayah, keluarga dan lidah masing-masing. Pada masa lalu, disebabkan pengangkutan yang terhad, kawasan-kawasan berhampiran laut mempunyai lebih banyak jenis jeot berbanding kawasan-kawasan pedalaman.