Hangul
| Hangul (한글) Chosŏn'gŭl (조선글) | |
|---|---|
| Jenis tulisan | |
| Pencipta | Raja Sejong |
Tempoh masa | ~1443 hingga kini |
| Arah tulisan | Left-to-right, vertical right-to-left |
| Bahasa-bahasa | Bahasa Korea Bahasa Cia-Cia (mulai 2009) |
| ISO 15924 | |
| ISO 15924 | Hang (), Hangul (Hangŭl, Hangeul) |
| Unikod | |
Alias Unikod | Hangul |
Paparan amaran: Laman menggunakan Template:Infobox sistem penulisan dengan parameter tidak diketahui "image_size"
Hangul (ⓘ) ialah abjad untuk Bahasa Korea yang berbeza dari sistem logographic Sino-Korean hanja. Hangul merupakan skrip untuk Korea Utara, Korea Selatan serta Wilayah Autonomi Korea Yanbian di China, dan kini juga dijadikan sistem tulisan bahasa Cia-Cia yang ditutur di Pulau Buton, Sulawesi, Indonesia.
Hangul ialah sistem abjad fonemik yang disusun mengikut blok-blok suku kata. Setiap blok mengandungi sekurang-kurangnya 24 aksara Hangul (jamo): sekurang-kurangnya satu dari setiap 14 konsonan dan 10 vokal. Asalnya, abjad ini mempunyai beberapa aksara tambahan (lihat jamo usang). Untuk penerangan fonologi sila lihat fonologi bahasa Korea.