Gimjang
| Gimjang | |
Penyuediaan untuk gimjang: bahan-bahan untuk membuat kimchi pada skala yang lebih besar | |
| Nama Korea | |
|---|---|
| Hangul | 김장 |
| Perumian Semakan | Gimjang |
| McCune–Reischauer | Kimjang |
Gimjang ([김장] Error: {{Lang}}: unrecognized script: lang for code: ko (help)), juga dieja kimjang, adalah proses tradisional penyediaan dan pemeliharaan kimchi, sayur jeruk pedas Korea, pada musim sejuk. Pada bulan-bulan musim panas, kimchi dibuat segar, daripada sayur-sayuran bermusim. Selama satu bulan, bermula dari bulan kesepuluh setiap tahun, penduduk Korea mula menyediakan kimchi dalam kuantiti yang banyak, untuk menyediakan makanan tersebut bagi kegunaan sepanjang musim sejuk.
Gimjang disenaraikan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada Disember 2013.