Cili

Cili
Cabai
Lada
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Genus:
Capsicum
Varieti and Kultivar
  • C. annuum var. glabriusculum
  • C. annuum Lada benggala
  • C. annuum 'Cayenne'
  • C. annuum 'Jalapeño'
  • C. annuum 'New Mexico Group' (New Mexico chile)
  • C. annuum 'Poblano'
  • C. chinense 'Habanero'
  • C. chinense 'Scotch bonnet'
  • C. frutescens 'Peri-peri'
  • C. frutescens 'Lada Tabasco'
Sinonim
Synonymy
  • Capsicum buforum Salisb.

Cili (Jawi: چيلي), lada (Jawi: لادا), cabai (Jawi: چاباي) atau nama saintifiknya Capsicum spp. ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga Solanaceae terdiri daripada pelbagai spesies dan varieti tumbuhan yang mengeluarkan buah memberikan rasa pedas hasil kandungan kapsaisin sehinggakan sangat diingini dalam masakan sebagai rempah.

Ia dipercayai berasal dari penanaman baka liar di Mexico dan Amerika Selatan. Ia disebarkan meluas serata dunia selepas diperkenalkan para pelayar Eropah di Asia dan Eropah pada abad-abad ke-15 dan 16, di mana ia menjadi kegemaran banyak masyarakat sedunia terutamanya di kawasan beriklim tropika yang menerapkan dalam masakan dan perubatan setempat.