Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-25 anjuran akhbar Berita Harian. Majlis ini diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 8 April 2012. Majlis kali ini diacarakan oleh Sharifah Shahirah, Raja Azura, Didie Alias dan Zizan Razak. Anugerah tertinggi, Bintang Paling Popular dirangkul oleh Aaron Aziz yang meraih sebanyak 87,669 undian keseluruhan di samping dua lagi kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Lelaki Paling Popular Online.