Nora Danish
Nora Danish | |
|---|---|
نورا دانش | |
| Kelahiran | Nora binti Mohd Danish Hanif 7 Mac 1982 |
| Pekerjaan | Pelakon, Pengacara, Penyanyi, Model |
| Tahun aktif | 2003–kini |
| Ketinggian | 160 cm (5 ka 3 in) |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | Anak 3 termasuk Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram |
| Ibu | Salimah Talib |
| Bapa | Mohd Danish Hanif |
| Hubungan |
|
Nora Mohd Danish Hanif (lahir 7 Mac 1982) atau lebih dikenali sebagai Nora Danish merupakan seorang pelakon, model, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak utama Puteri dalam siri komedi Puteri. Beliau juga terkenal dengan peranan televisyen seperti Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Ana lu'lu, Tentang Dhia dan Ariana Mikhail.
Nora mempunyai beberapa peranan filem terkenal seperti Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006), Cuti-Cuti Cinta (2010), Seru (2011), Aku Terima Nikahnya (2012), Lagenda Budak Hostel (2013), Polis EVO (2015-23), Surga yang Tak Dirindukan 2 (2017) dan Sayu Yang Syukur (2023).