Ziana Zain

Ziana Zain
زيانا زاين
Ziana pada 2015.
Kelahiran
Siti Roziana binti Zain

(1968-05-02) 2 Mei 1968
Kampung Sempang, Merlimau,  Melaka,  Malaysia
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Model, Duta, Usahawan
Tahun aktif1989–kini
Ketinggian160 cm (5 ka 3 in)
PangkatRatu Balada Malaysia
PasanganArmin Zaharin Ahmad Zambri (k. 1998; c. 2018)
Anak-anak4
Ibu bapaAllahyarham Zain Abdullah (bapa)
Robiah Abdul (ibu)
HubunganAnuar Zain (adik)
Ernie Zakri (anak saudara)
Kerjaya muzik
GenrePop, Balada, R&B, Jazz, Etnik Kreatif, Soul, Soft rock
Alat muzikVokal
DiskografiLihat: Diskografi Ziana Zain
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanAwie, Erra Fazira, Broery Marantika, Nora, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Ning Baizura, Amy Mastura, Anuar Zain, Ernie Zakri, Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Ella, Aishah, Ramlah Ram, Siti Nordiana, Misha Omar, Rozita Che Wan, Azwan Ali

Siti Roziana Zain (lahir 2 Mei 1968) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia. Dilahirkan di Kampung Sempang, Merlimau, Melaka. Menjadi terkenal sebagai bintang sensasi selepas pelancaran album sulungnya Madah Berhelah, dan merupakan salah seorang diva pop paling berjaya di Asia Tenggara. Selain itu, kehebatan Ziana di persada antarabangsa dilihat apabila beliau memenangi Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada 1995. Kejayaan ini turut mencatatkan namanya dalam The Malaysia Book of Records sebagai artis wanita pertama memenangi pertandingan antarabangsa.  Sejak itu, pergerakan globalnya terus berkembang dan Ziana telah berjaya mencipta nama bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei, Jepun, Kazakhstan, Kanada, Switzerland dan Australia.

Bakatnya dalam bidang muzik telah dikesan oleh seorang penerbit muzik yang tertarik dengan kelunakan suaranya, kemudian mempelawa beliau menghadiri ujibakat, kemudian menerima kontrak rakaman pada 1990. Ziana menandatangani kontrak rakaman bersama BMG Music dan muncul bersama album sulungnya Madah Berhelah (1991) dengan lagu berjudul sama dikeluarkan sebagai single, sekaligus menjulangnya sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya di Malaysia di Asia Tenggara. Ini kemudian diikuti dengan lima album berikut yang dikeluarkan setiap dua tahun.

Sebagai pelakon, beliau telah membintangi beberapa filem dan drama televisyen. Antara filem-filem lakonannya ialah Sembilu (1994), Maria Mariana (1996), Merah (1996), Pontianak Menjerit (2005) dan Magika (2010). Beliau juga telah membintangi drama TV termasuk Mak Cun 4 (2018), Janda Kosmopolitan (2020) dan Histeria The Series (2022). Antara pencapaian peribadi dalam kerjaya beliau ialah apabila beliau berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan tersebut sekaligus menjadikan beliau menerima pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records; menerima undangan membuat persembahan di stesen penyiaran Jepun, NHK dan meraih Anugerah Melodi Emas di Festival Muzik Jepun.

Sepanjang kerjayanya, Ziana telah memenangi pelbagai anugerah di dalam kerjaya muzik, televisyen dan filem termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Juara Lagu. Adiknya, Anuar Zain turut berkecimpung dalam bidang muzik. Beliau dikenali dengan vokalnya yang "lantang" dan "nyaring". Selain itu, Ziana juga ialah antara artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi suatu undangan nyanyian.