Rosyam Nor


Rosyam Nor

Rosyam Nor di studio MeleTOP pada November 2014.
Kelahiran
Mohamed Noor bin Shamsuddin

(1967-03-01) 1 Mac 1967
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penerbit
  • pengacara
  • usahawan
Tahun aktif1986–kini
Terkenal keranaWatak Remy dalam filem Gila-Gila Remaja
Karya
Filemografi
PasanganDatin Runika Mohd. Yusof (k. 1989)
Anak-anak
  • Arniesha Azureen Mohamed Noor (anak perempuan)
  • Nur Anis Mohamed Noor (anak perempuan)
  • Nurlisa Mohamed Noor (anak perempuan)
  • Syadira Mohamed Noor (anak perempuan)
  • Zarith Maryam Mohamed Noor (anak perempuan)
Ibu bapa
  • Allahyarham Shamsuddin Mohd. Yusof (bapa)
  • Rubiah Kamaruddin (ibu)
Saudara

Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor (lahir 1 Mac 1967) merupakan seorang pelakon, penerbit, pengacara dan usahawan Malaysia. Beliau ialah sepupu kepada pelakon Faizal Hussein. Anugerah dan penghargaan beliau termasuk empat Anugerah Skrin dan lima Festival Filem Malaysia. Beliau juga telah menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Pelakon Yang Paling Banyak Menerima Anugerah. Rosyam memulakan kerjaya lakonannya pada 1986 selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi watak Remy dalam filem Gila-Gila Remaja arahan bapa saudaranya, Allahyarham Hussein Abu Hassan, kemudian diikuti oleh Kanta Serigala pada 1991. Beliau kemudiannya muncul dalam dua filem arahan Aziz SattarPerawan Malam (1988) dan Tak Kisahlah Beb (1989) – dan dalam beberapa filem arahan Yusof Haslam termasuk Maria Mariana II (1998) dan Gerak Khas The Movie (2001).

Sebagai pengacara TV, Rosyam telah mengacarakan beberapa rancangan TV termasuk Modal Insan, Pilih Kasih dan Dai: Pendakwah Milenia dan juga menjadi model dan jurucakap bagi beberapa produk seperti Julie's dan Nona Roguy. Rosyam terkenal dengan peranannya di televisyen termasuk Kiranya Ku Tahu, Rindu Semakin Jauh, Masih Ada Cinta dan Sesuci Cinta Soffiya. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Runika Mohd Yusof dan dikurniakan lima orang anak perempuan.

Rosyam merupakan penerbit dan Pengarah Urusan syarikat Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. yang bergiat aktif menerbitkan beberapa rancangan televisyen. Di luar kerjaya lakonannya, beliau juga bergiat aktif dalam bidang perniagaan. Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman. Pada 8 Oktober 2019, Rosyam menerima Anugerah Keusahawanan Selebriti 2019 yang disampaikan oleh Akademi Pengurusan Asia (AAM), Universiti Sains Malaysia (USM).