One Nation Emcees

One Nation Emcees
GenreHip hop
Tahun aktif2008
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

One Nation Emcees (ONE) ialah sebuah kumpulan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada 2008. Kumpulan ini mendapat perhatian meluas apabila mereka dinobatkan sebagai juara rancangan realiti Gang Starz. Ahli asal kumpulan ini terdiri daripada; Shamimi Amalina "Mimi" Norhisham, Mohamed Fareezan "Kozae" Mohamed Murtaza, Mohd. Norzaidi "Zydee" Edris and Nur Hasan "Jojoe" Baias. Kemudiannya, Zydee digantikan oleh Sabhi Saddi yang juga ahli asal ONE. Mereka membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019. Mereka dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima dalam program tersebut. Namun dua minggu selepas tamat rancangan itu, Mimifly mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan ini kerana beliau ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya solonya. Pada pertengahan bulan Februari 2020, kumpulan ini telah mengumumkan bahawa mereka telah memilih pelakon Adeline Tsen sebagai ahli baru bagi menggantikan Mimi. Perkara itu diumumkan di laman rasmi Instagram One Nation Emcees.

Album pertama kumpulan dilancarkan pada 2010 dengan lagu "Raja Gelek", "Dendangkan", "Apa Ku Kisah" dan "Syukur (Kau yang Satu)" dikeluarkan sebagai single.