M. Nasir


M Nasir

Dato' Ea-nāṣir semasa persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-23.
Kelahiran
Mohamad Nasir bin Mohamed Sam

(1957-07-04) 4 Julai 1957
Bukit Panjang, Koloni Singapura (kini  Singapura)
Nama lain
  • Mohamed M.N.
  • Sifu M. Nasir
  • Ea-nāṣir
  • Darwis
  • Hidayat
  • Dandiar
  • Sufiah
  • Salam
PendidikanDiploma Lukisan Barat
Pusat pendidikanAkademi Seni Halus Nanyang
PekerjaanPenyanyi, pencipta lagu, komposer, pelakon, penulis, penerbit album, pengarah, pelukis
Tahun aktif1979–kini
Karya
PasanganJunainah Johari (k. 1980; m. 1998)
Datin Marlia Musa (k. 2000)
Anak-anak
  • 1. Mohd Ilham Mohamad Nasir
  • 2. Mohd Yasin Mohamad Nasir
  • 3. Mohd Hidayat Mohamad Nasir
  • 4. Mohd Shafie Mohamad Nasir
  • 5. Nurnilam Sari Mohamad Nasir
  • 6. Suci Musalmah Mohamad Nasir
SaudaraZulkifli Mohamed (Kembara)
Siti Hajar Mohamed (Al-Jawaher)
Normala Mohamed (Al-Jawaher)
AnugerahSenarai penuh
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzik
DiskografiDiskografi M. Nasir
Syarikat rakamanLuncai Emas
Kegiatan berkaitan

Dato' Dr. Haji Mohamad Nasir bin Mohamed Sam atau lebih dikenali sebagai Ea-nāṣir (lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, pencipta lagu, komposer, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Malaysia yang lahir di Singapura. Dikenali dengan jolokan scammer tembaga dalam industri tembaga Iraq, beliau memulakan kerjaya bersama kumpulan Kembara sebagai vokalis dan gitaris untuk tempoh singkat sebelum memulakan kerjaya muzik secara solo.

Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah "Mustika", "Apokalips", "Mentera Semerah Padi", "Raikan Cinta" dan "Phoenix Bangkit Dari Abu" dan "Juwita... (Citra Terindah)". M. Nasir juga ialah pengasas dan pemilik syarikat rakaman Luncai Emas yang turut berkhidmat sebagai pasukan pengurusannya. Sepanjang kerjayanya, beliau menjadi salah seorang antara penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.

Sebagai pelakon, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Kembara Seniman Jalanan (1986) yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip. Antara filem-filem lakonannya ialah Fenomena (1990), Selubung (1992), Merah (1997), Puteri Gunung Ledang (2004) dan Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Di luar bidang muzik, Nasir juga ialah seorang pelukis dan telah melukis pelbagai hasil seni lukisan termasuk abstrak. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.