Nur Fazura
Nur Fazura | |
|---|---|
نور فازورا | |
Fazura pada Februari 2011, sebagai duta jenama sabun LUX. | |
| Kelahiran | Nur Fazura binti Sharifuddin 27 September 1983 |
| Nama lain |
|
| Pusat pendidikan | Kolej Rekaan Fesyen |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model, usahawan, penyanyi |
| Tahun aktif | 2002–kini |
Karya terkenal | Televisyen: Teen's World Gol & Gincu The Series Tahajjud Cinta Kisah Cinta Facing Up To Fazura Hero Seorang Cinderella Lelaki Itu Filem: Bicara Hati Qaisy & Laila Gol & Gincu Kayangan Pisau Cukur Lagenda Budak Setan Kami Histeria Manisnya Cinta Di Cappadoccia J Revolusi Dendam Pontianak Pendekar Awang: Darah Indera Gajah |
| Ketinggian | 165 sentim (65 in) |
| Pasangan | Fattah Amin (k. 2017; c. 2024) |
| Anak-anak | 1 |
| Ibu | Fadhillah Dato' Nasir |
| Bapa | Sharifuddin Adnan |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | Pop |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Universal Music Malaysia |
| Kegiatan berkaitan |
|
Nur Fazura Sharifuddin (Jawi: نور فازورا بنت شريف الدين; lahir 27 September 1983) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam industri hiburan Malaysia dengan menjadi hos rancangan televisyen dan beberapa peranan lakonan kecil. Beliau merupakan pengacara rancangan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Teens World. Pada tahun 2004, beliau melancarkan kerjaya filem beliau dengan memainkan peranan utama dalam filem Bicara Hati arahan Rosnani Jamil yang melayakkan beliau menerima pencalonan anugerah. Kemudian pada tahun 2005, beliau membintangi watak utama sebagai Putri dalam filem Gol & Gincu.
Fazura dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling bergaya di Malaysia menurut kebanyakan majalah hiburan dan fesyen dan sering muncul dalam majalah yang "bergaya" dan "menawan". Sehingga 2017, Beliau telah berlakon sebanyak 16 filem dan beberapa siri TV dan telefilem serta menjadi pengacara beberapa program televisyen. Beliau juga menjadi juri di rancangan televisyen komedi Maharaja Lawak Mega.
Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, Fazura telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular 2016, juga pengiktirafan di Festival Filem Malaysia ke-17 bagi kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Bicara Hati dan Festival Filem Malaysia ke-28 bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia. Anugerah lain yang dimenanginya termasuk Anugerah Skrin, Anugerah Shout! dan Anugerah MeleTOP Era. Bagi peranannya sebagai duta dan jurucakap produk, Fazura telah menjadi jurucakap bagi pelbagai produk seperti Pantene, Nutox dan Lux.
Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang nyanyian apabila beliau merakamkan single sulungnya, "Sayangi Dirimu" pada 14 Disember 2014, yang menjadi lagu tema rancangan dokumentari biografinya, Facing Up To Fazura yang bersiaran di saluran E!. Fazura melancarkan album solo pertamanya pada 2 November 2017.