Jaclyn Victor

Jaclyn Victor
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
Jaclyn (mul)
Kelahiran4 Disember 1978
Kepong
WarganegaraMalaysia
GenrePop, Rock, R&B, Balada
PekerjaanPelakon dan penyanyi
Alat muzikSuara
Tahun aktif2004
Kegiatan berkaitan
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Jaclyn a/p Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali sebagai Jaclyn Victor (lahir 4 Disember 1978) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang menjulang namanya melalui kejuaraan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Beliau dikenali dengan suaranya yang lunak dan bakat menyanyi yang dianggap mantap, bersemangat dan mengagumkan. Beliau adalah antara segelintir artis yang telah memenangi trofi di anugerah utama dalam bidang muzik dan filem di Malaysia dan rantau ini. Hingga kini beliau telah memenangi Anugerah Industri Muzik (10 Trofi), Anugerah Juara Lagu (5 Trofi), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2 Trofi) dan Anugerah Planet Muzik (2 Trofi). Jaclyn juga telah memenangi 1 Trofi Anugerah Skrin, 1 Trofi Festival Filem Malaysia, 1 Trofi Anugerah Shout! dan 1 Trofi Anugerah Era. Disifatkan antara penyanyi terbaik Malaysia sebaris dengan vokalis ternama seperti Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Misha Omar.