Yusof Haslam


Yusof Haslam

يوسف حسلام
Datuk Yusof Haslam pada 2013
Kelahiran
Mohd Yusof bin Md Haslam Khan

(1954-04-24) 24 April 1954
Nama lainDYH (singkatan kepada Datuk Yusof Haslam)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit
Tahun aktif1972–kini
Karya
Filemografi
Pasangan
  • Raja Noor Saadah Salehuddin (k. 1978; c. 1980)
  • Datin Fatimah Ismail
    (k. 1982)
Anak-anak4 termasuk Syamsul dan Syafiq
IbuBahyah Talib
BapaMd Haslam Khan
SaudaraHaji Mohd Nor Haslam (abang)

Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Yusof Md Haslam Khan (Jawi: محمد يوسف محمد حسلام خان; lahir 24 April 1954) merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis skrip dan penerbit filem lelaki Malaysia. Beliau juga memegang jawatan sebagai pengarah urusan syarikat penerbitan televisyen dan filem miliknya Skop Productions yang ditubuhkan pada 1985.

Memulakan kerjaya profesionalnya pada 1972, beliau memegang watak tambahan sebagai penonton perlawanan dalam filem Laksamana Do Re Mi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sepanjang kerjayanya, Datuk Yusof telah berlakon sebanyak 31 filem dan mengarahkan 13 filem cereka yang kesemuanya merupakan kejayaan komersial. Beliau menduduki kerusi pengarah pada 1991 menerusi filem pertamanya Bayangan Maut dan mengarahkan beberapa filem lagi termasuk Pemburu Bayang (1993), Sembilu (1994) dan Maria Mariana (1996) sehingga beliau bersara dari kerusi pengarah pada 2005. Sebagai penerbit, beliau telah menerbitkan 40 filem dan beberapa siri TV termasuk PJ, Remang-Remang Kota Raya, Roda-Roda Kota Raya, dan Gerak Khas. Kini, perjuangan beliau dalam bidang perfileman diteruskan oleh dua anak beliau, Syamsul dan Syafiq.

Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Datuk Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Productions, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (pos-produksi dan penerbitan drama serta filem).