Najwa Latif
Najwa Latif | |
|---|---|
Najwa ketika membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik 26 | |
| Kelahiran | Imratul Najwa binti Abdul Latif 23 Mei 1995 |
| Pekerjaan | Penyanyi, komposer, pensyarah |
| Tahun aktif | 2011–kini |
| Ejen | NAR Records |
| Pasangan | Akwa Arifin (k. 2022) |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Diskografi | Lihat: Diskografi Najwa Latif |
| Kegiatan berkaitan | |
| Laman web rasmi | www.najwa595.net |
Imratul Najwa binti Abdul Latif (Jawi: إمرة النجوى بنت عبد اللطيف) (lahir 23 Mei 1995) merupakan seorang penyanyi, dan pencipta lagu wanita Malaysia. Beliau mulai terkenal menerusi lagu - lagu ciptaan beliau yang diletakkan dalam sebuah laman video, YouTube. Beliau mencipta kejutan pada Separuh Akhir Muzik Muzik 26 apabila lagu beliau, Cinta Muka Buku layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-26.
Beliau kini telah berjaya melahirkan sebuah mini album berjudul Najwa LatifSehingga Mac 2013, Najwa berjaya mengekalkan kedudukan konsisten dalam radar muzik Malaysia apabila kesemua single yang dikeluarkan sejak debut berjaya menduduki tangga pertama carta utama seperti Radio Era dan Radio Hot. Lagu beliau yang menjadi juara (mengikut turutan) adalah Cinta Muka Buku (Ogos-September 2011), Carta Hati (Februari - April 2012), Kosong (April-Jun 2012), Untuk Dia (Jun - Ogos 2012), Adamu (November 2012) dan Sahabat (Februari-Mac 2013). Lagu Untuk Dia dendangan bersama kumpulan Sleeq masih menjadi lagu Melayu paling banyak ditonton sehingga kini iaitu mencecah 20 juta tontonan. Pada tahun 2013, single terbarunya yang berjudul AdaMu telah dimuatkan dalam tema lagu drama Setia Hujung Nyawa.