Zizan Razak

Zizan Razak
زيزن رازق
Zizan pada tahun 2013.
Kelahiran
Mohd. Razizan bin Abdul Razak

(1984-04-15) 15 April 1984
Nama lainZizan Raja Lawak, Zizan Razak
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah, penerbit
Tahun aktif2007–kini
IbuAnai Ibrahim
BapaAbdul Razak
Saudara
  • Hafiza Razak (abang sulung)
  • Hafizuddin Razak (abang sulung)

Mohd. Razizan Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak (Jawi: محمد رازيزن عبدالرازق (lahir 15 April 1984) ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah dan penerbit Malaysia.

Zizan terkenal dengan peranan lakonannya di layar lebar termasuk filem komedi adiwira Kapoww!!: Atoi The Ajaib Boy (2010), aksi jenayah KL Gangster (2011–13), komedi seram Hantu Bonceng (2011), Mael Lambong (2012), komedi pasca-apokaliptik KL Zombi (2013), Abang Long Fadil (2014–22) dan Polis EVO (2015–23). Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2013.