Syamsul Yusof

Syamsul Yusof
شمس اليوسف
Syamsul ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 12 Januari 2016.
Kelahiran
Mohd Syamsul bin Mohd Yusof

(1984-05-21) 21 Mei 1984
PendidikanDiploma Filem & Penyiaran Televisyen
Pusat pendidikanAkademi TV3 (kini Institut Media Integratif Malaysia)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • penulis skrip
  • penerbit
  • penyanyi
Tahun aktif1998–kini
PasanganPuteri Sarah Liyana (k. 2014; c. 2023)
Ira Kazar
(k. 2023; c. 2024)
Anak-anak2
IbuDatin Fatimah Ismail
BapaDatuk Dr. Yusof Haslam
Saudara
Keluarga
  • Faizal Yusof
    (abang sebapa)
  • Syafiq Yusof
    (adik lelaki)
  • Nursyamin Yusof
    (adik perempuan)

Mohd Syamsul Datuk Dr. Mohd Yusof (lahir 21 Mei 1984) ialah seorang pelakon, pengarah, penulis skrip, penerbit dan penyanyi Malaysia. Beliau juga terkenal dengan filem-filem bergenre aksi dan seram sehingga berjaya mencipta rekod sebagai Pengarah Terbaik paling muda pernah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 25 tahun. Beliau ialah anak kepada pengarah tersohor negara yang pernah mendapat Six Million Dollar Man, Datuk Dr. Yusof Haslam. Hasil kejayaan bapa beliau diteruskan Syamsul dengan cemerlang menerusi beberapa filem pecah panggung dan digelar The Twenty Million Dollar Man untuk kejayaan filem Munafik. Sepanjang penglibatannya dalam industri filem, beliau telah enam kali memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan Anugerah PROFIMA. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pengarah Asia Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik di Kemboja.

Sehingga 2018, sebanyak 10 filem arahan beliau telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 113.5 juta, antara filem-filem arahannya seperti Evolusi KL Drift, KL Gangster, Khurafat: Perjanjian Syaitan dan Munafik menjadi kejayaan komersial dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik beliau telah mengeluarkan enam single kolaborasinya bersama Mawi - "Kalah Dalam Menang" yang merupakan lagu tema filem Munafik arahannya, lagu "Bukan Propaganda" yang menjadi lagu tema filem Desolasi lakonannya, "Menangislah" yang menjadi lagu tema filem Munafik 2 arahannya. "Selamat Tinggal Masa" nyanyian bersama Black Hanifah merupakan lagu tema filem KL Special Force. "Senorita" nyanyian bersama AC Mizal dan Shuib Sepahtu untuk filem Abang Long Fadil 2 dan "Ya Robbi" untuk filem Khurafat.

Syamsul telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjaya seni, termasuk pencalonannya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik, Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin. Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon Malaysia yang meraih pengiktirafan di peringkat global.