Mas Idayu

Mas Idayu
Mas Idayu mengadakan persembahan di Anugerah Industri Muzik 2012
Kelahiran
Masidayu binti Mesnun

(1972-01-10) 10 Januari 1972
Nama lainAyu, Mummy
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, komposer
Tahun aktif1991–kini
PasanganAman Graseka (k. 1997; c. 2006)
Muhammad Sufian Che Isa (k. 2022; c. 2025)
Ibu bapa
  • Mesnun Hassan (bapa)
  • Hasidah Awang (ibu)
- Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanMascara, Amelina, Ani Maiyuni, Sheeda, Zaleha Hamid, Cici Paramida, Ramlah Ram
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "number_of_siblings"

Mas Idayu (lahir Masidayu binti Mesnun; 10 Januari 1972) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau menerima jolokan Ratu Gelek 45 darjah oleh Dato' Hattan..

Beliau merupakan salah seorang penyanyi ternama yang memperjuangkan muzik dangdut sejak era 1990an. Dilahirkan di Kota Tinggi Johor, Mas Idayu merupakan antara artis wanita dengan jualan album terlaris di era tersebut malah cukup terkenal dengan lagu-lagu dangdut malar segar seperti "Cintaku 100%" dan "Senggol-senggolan, Cubit-cubitan". Sepanjang bergelar penyanyi, beliau pernah memenangi dua trofi Anugerah Industri Muzik serta menjuarai rancangan realiti Mentor musim ketiga pada 2009 yang mana beliau bertanggungjawab melatih dan mencungkil bakat penyanyi popular Black Hanifah. Beliau juga menjadi pengkritik tetap program Dangdut Academy Asia di Indosiar dari 2015 sehingga 2019. Pada tahun 2016, Mas Idayu telah dilantik sebagai tenaga pengajar di Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Pada 16 September 2022, Beliau Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Sufian Che Isa, Yang Juga Penerbit Eksekutif TV3 Dengan Sekali Lafaz.