Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا كوالا لومـڤـور
Kuala Lumpur International Airport
吉隆坡国际机场
கோலாலம்பூர் சர்வதேச விமான நிலையம்
Menara kawalan KLIA dan sebahagian lapangan terbang
  • IATA: KUL
  • ICAO: WMKK
  • WMO: 48648
    48650
Maklumat umum
Dinamakan sempenaKuala Lumpur
JenisAwam
PemilikKhazanah Nasional
PengendaliMalaysia Airports
BerkhidmatLembah Klang (Selangor Tengah), Negeri Sembilan dan Melaka
LokasiSepang, Selangor, Malaysia
Koordinat02°44′36″N 101°41′53″E / 2.74333°N 101.69806°E / 2.74333; 101.69806
Hab untuk
Zon masaMST (UTC+08:00)
Tapak sesawangwww.klia.com.my
Sejarah
Dibuka27 Jun 1998 (1998-06-27)
Ciri-ciri
Status penggunaanBeroperasi
Ketinggian AMSL70 ft / 21 m
Landasan terbang
Arah Panjang Permukaan
meter kaki
14L/32R 4,019 13,186 Konkrit asfalt
14R/32L 4,000 13,123 Konkrit asfalt
15/33 3,960 12,992 Konkrit asfalt
Perangkaan (2022)
Penumpang25,377,000 ( 532.6%)
Pergerakan Kargo (tan)660,040 ( 30.7%)
Pergerakan Pesawat198,378 ( 169.3%)
Peta
KUL
Lokasi Lapangan Terbang di Sepang, Selangor, Malaysia.
KUL
KUL (Semenanjung Malaysia)
KUL
KUL (Malaysia)
KUL
KUL (Asia Tenggara)
KUL
KUL (Asia)
Catatan kaki
Rujukan: MAHB
sunting · sunting di Wikidata

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا كوالا لومڤور); (Kuala Lumpur International Airport; singkatan: KLIA) (IATA: KULICAO: WMKK), ialah sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia, yang terletak di Selangor. lapangan terbang tersebut merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.

Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). KLIA juga merupakan hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X. KLIA juga merupakan perhentian untuk "Laluan Kanggaru" bagi Malaysia Airlines. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World).

Kod IATA untuk lapangan terbang ini, KUL sebenarnya diambil daripada lapangan terbang utama Malaysia yang terdahulu, Lapangan Terbang Subang.

Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara. Lapangan terbang ini terletak di Sepang, Selangor dan ia berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan.

KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.