Orang Palestin

Orang Palestin
(الفلسطينيون, al-Filasṭīniyyūn)
Jumlah penduduk
c. 15,000,000
Kawasan ramai penduduk
' Negara Palestin
 – Tebing Barat'
 – Genting Gaza

 Jordan
 Israel
4,420,549
 – 2,719,112
 – 1,701,437
3,240,000
1,658,000
 Somalia750,000
 Syria630,000
 Chile500,000
 Lubnan402,582
 Arab Saudi280,245
 Mesir270,245
 Amerika Syarikat255,000
 Honduras250,000
 Cyprus250,000
 Emiriah Arab Bersatu170,000
 Maghribi150,000
 Mexico120,000
 Qatar100,000
 Jerman80,000
 Kuwait80,000
 El Salvador70,000
 Brazil59,000
 Iraq57,000
 Yaman55,000
 Kanada50,975
 Australia45,000
 Libya44,000
 Tunisia33,000
 Iran33,000
 Puerto Rico30,000
 Greece30,000
 Turki28,000
 United Kingdom20,000
 Eritrea16,000
 Peru15,000
 Colombia12,000
 Pakistan10,500
 Jepun10,000
 Paraguay10,000
 Belanda9,000
 Panama9,000
 Sweden7,000
 Uruguay5,000
 Algeria4,030
 Austria4,010
 Perancis4,000
 Norway3,825
 Sudan2,159
 Guatemala1,400
 Costa Rica1,000-1,500
 Nicaragua800-1,000
 Malaysia620
 Rusia261
 Filipina170
 Finland1
Bahasa
Wilayah-wilayah Palestin dan Israel:
bahasa-bahasa Arab Palestin, Ibrani, Inggeris, Neo-Aramaic, dan Yunani
Diaspora:
Other varieties of Arabic, bahasa-bahasa yang ditutur di negera-negara di mana terdapatnya Diaspora Palestin.
Agama
Majoriti: Islam Sunni
Minoriti: Kristian, Druze, Islam Syiah, Judaisme,
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Levant, Mediterranean, Kanaan, Orang Laut, Timur Tengah: Orang Semitik: Philistine, Ashkenazim, Sephardim, Mizrahim, Samaritan, Arab, Assyria

Orang Palestin (Arab: الشعب الفلسطيني, rumi: asy-sya‘b al-Filasṭīnī atau فلسطينيونFilasṭīniyyūn) merupakan waris moden orang-orang yang tinggal di Palestin, dan pada hari ini merupakan kaum yang dari segi budaya dan bahasa merupakan orang Arab ekoran pengaruh Arab di wilayah itu. Kendatipun berlakunya beberapa peperangan dan perhijrahan, lebih kurang setengah daripada populasi orang Palestin masih bermastautin di Tebing Barat, Genting Gaza dan Israel. Dalam tahun 2004, di wilayah tergabung ini, orang Palestin menjadi 49% daripada keseluruhan penduduk, merangkumi kesemua penduduk Genting Gaza (1.6 juta), majoriti populasi Tebing Barat(lebih kurang 2.3 juta berbanding hampir 500,000 orang warga israel Yahudi yang termasuk lebih kurang 200,000 orang di Jerusalem Timur), 16.5% penduduk Israel sebagai warga Israel keturunan Arab. Ramai dalam kalangan mereka merupakan pelarian Palestin ataupun pelarian dalaman, termasuk lebih daripada sejuta orang di Genting Gaza, hampir 3 juta di Tebing Barat, dan lebih kurang 2 juta di Israel sendiri. Daripada orang Palestin yang tinggal di luar negara, yang disebut diaspora Palestin, lebih dari setengah merupakan orang tanpa bernegara. 3.24 orang daripada populasi diaspora tinggal di Jordan di mana mereka menjadi lebih kurang separuh daripada populasi, 1.5 juta tinggal di antara Syria dan Lebanon, suku juta di Saudi Arabia, dengan himpunan terbesar di luar dunia Arab seramai setengah juta orang tinggal di Chile.