Tunisia

Republik Tunis
ريڤوبليك تونيس
الجمهورية التونسية‎
Al-Jumhūriyyah at-Tūnisiyyah
Bendera Jata
Cogan kataKebebasan, Kedamaian dan Keadilan
Lagu kebangsaanHimat Al Hima
Ibu negara
dan bandar terbesar
Tunis
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanRepublik
• Presiden
Kais Saied (قيس سعيد)
Kamel Madouri (كمال المدوري)
Kemerdekaan 
daripada Perancis
• Diisytiharkan
20 Mac 1956
• Perairan (%)
5
Penduduk
• Perkiraan 2020
11,708,370 (ke-81)
71.65/km2 (185.6/sq mi) (ke-144)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
USD162.097 billion (ke-82)
USD13,248 (ke-113)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
USD51.271 bilion (92nd)
USD4,190 (ke-129)
Gini (2021) 33.7
sederhana
HDI (2022) 0.732
tinggi · ke-101
Mata wangDinar Tunisia
(TND)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Arah memandukanan
Kod panggilan+216
Kod ISO 3166TN
DPT internet.tn

Tunis (Jawi: تونيس ; Arab: تُونِس, rumi: Tūnis) atau nama Baratnya Tunisia (Perancis: Tunisie) –secara rasminya Republik Tunisia– adalah sebuah negara yang terletak di pesisiran menghadap Laut Mediterranean di rantau Afrika Utara. Ia adalah negara Afrika yang paling utara serta negara terkecil yang terletak di Banjaran Atlas. Lebih kurang 40% daripada negara ini terdiri daripada kawasan gurun Sahara, kebanyakan kawasan yang lain terdiri khususnya daripada tanih subur. Panjang garis pinggir lautnya 1,300 kilometer.

Kedua-dua kawasan gurun dan tanih subur tersebut memainkan peranan yang utama pada zaman kuno, awal-awalnya kepada kota Carthago masyhur yang didirikan orang Phoenicia, dan kemudiannya, sebagai provinsi Africa dalam Empayar Rom yang membekalkan hasil tanaman gandum kepada tamadun tersebut. Orang Arab dari puak-puak Bani Hilal dan Bani Sulaym berhijrah besar-besaran dari Semenanjung Arab ke Tunis pada abad-abad ke-11 dan 12. Tunisia menjadi negeri naungan Perancis selepas Perjanjian Bardo ditandatangani pada 12 Mei 1881. Ia merdeka daripada penjajahan Perancis pada 20 Mac 1956 sebagai sebuah negara beraja perlembagaan dengan Muhammad Al-Amin sebagai ketua negaranya. Tetapi, ia menjadi republik dengan Habib Bourguiba sebagai presiden pertamanya pada 25 Julai 1957.