Eritrea

Negeri Eritrea
نݢارا إريتريا
Bendera Emblem
Lagu kebangsaan"Ertra, Ertra, Ertra"
(bahasa Inggeris: "Eritrea, Eritrea, Eritrea")
Ibu negara
dan bandar terbesar
Asmara
15°20′N 38°55′E / 15.333°N 38.917°E / 15.333; 38.917
Bahasa rasmiTiada
Bahasa kebangsaan
  • Tigrinya
  • Beja
  • Tigre
  • Kunama
  • Saho
  • Bilen
  • Nara
  • Afar
Bahasa lazim
Bahasa lain
Kumpulan etnik
(2010 est.)
  • 55% Tigrinya
  • 30% Tigre
  • 4% Saho
  • 2% Kunama
  • 2% Rashaida
  • 2% Bilen
  • 5% Lain-lain (Afar, Beni-Amer, Nara
Agama
Kristian (63%), Islam (36%), Lain-lain(<1%)
KerajaanRepublik berpresiden unitari satu parti
• Presiden
Isaias Afwerki
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan 
daripada Habsyah
• Secara de facto
24 Mei 1991
• Secara de jure
24 Mei 1993
Keluasan
• Jumlah
117,600 km2 (45,400 bt2) (ke-99)
• Perairan (%)
0.14%
Penduduk
• Perkiraan 2021
(2021) 3,600,000
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$11.263 bilion (ke-156)
$1,797 (ke-180)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$8.116 billion (ke-149)
$1,295 (ke-160)
HDI (2019) 0.459
rendah · ke-180
Mata wangNakfa
(ERN)
Zon waktuUTC+3 (Waktu Afrika Timur)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (tiada)
Arah memandukanan
Kod panggilan+291
Kod ISO 3166ER
DPT internet.er

Eritrea (Ge'ez ኤርትራ ʾĒrtrā) atau nama rasminya Negara Eritrea ialah sebuah negara di bahagian utara Afrika Timur. Negara ini menyempadani Sudan di barat, Habsyah di selatan, dan Djibouti di tenggara. Bahagian timur dan timur laut negara ini mempunyai garis pinggir laut yang panjang yang menghadapi Laut Merah, betul-betul berhadapan dengan Arab Saudi dan Yaman. Kepulauan Dahlak dan banyak pulau di Kepulauan Hanish merupakan sebahagian Eritrea.

Eritrea digabungkan menjadi sebuah tanah jajahan oleh kerajaan Itali pada 1 Januari 1890. Negara bangsa moden Eritrea mencapai kemerdekaan daripada Habsyah selepas berperang selama tiga puluh tahun dari 1961 hingga 1991. Eritrea secara rasmi merupakan sebuah demokrasi berparlimen yang terdiri daripada enam kawasan, tetapi kini berfungsi sebagai sebuah negara satu parti. Eritrea adalah sebuah negara berbilang bahasa dan berbilang budaya dengan dua agama utama serta sembilan kerakyatan, dengan setiap mereka bertutur dalam bahasa yang berlainan. Negara ini tidak mempunyai bahasa rasmi, tetapi menggunakan tiga bahasa kerja, iaitu bahasa Tigrinya, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris. Bahasa keempat, iaitu bahasa Itali, kekadang juga digunakan untuk perdagangan.