Barisan Nasional

Barisan Nasional
Nama EnglishNational Front
SingkatanBN
PengerusiAhmad Zahid Hamidi
Setiausaha agungZambry Abdul Kadir (2021–)
Setiausaha amZambry Abdul Kadir
Timbalan PengerusiMohamad Hasan
Vice Chairman
PenasihatNajib Razak
Bendahari AgungJohari Abdul Ghani
PengasasAbdul Razak Hussein
Diasaskan1 Jun 1974 (1974-06-01)
Disahkan1 Jun 1974
Didahului olehParti Perikatan
Digantikan olehGabungan Parti Sarawak
(di Sarawak) (2018)
Ibu pejabatAras 8, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Sayap pelajarPergerakan Mahasiswa Barisan Nasional
Sayap belia/pemudaPergerakan Pemuda Barisan Nasional
Sayap wanitaPergerakan Wanita Barisan Nasional
Keanggotaan450,000 (2013)
Ideologi
  • Majoriti:
  • Konservatisme (Malaysia)
  • Konservatisme sosial
  • Konservatisme kebangsaan
  • Liberalisme ekonomi
Faksi:
Kedudukan politikKanan tengah hingga sayap kanan
Hubungan kebangsaanPerikatan Nasional (2020–2022)
Kerajaan Perpaduan Kebangsaan (sejak 2022)
Hubungan serantauGabungan Rakyat Sabah (2020–2023)
Warna
SloganRakyat Didahulukan
Hidup Rakyat
Bersama Barisan Nasional
Hidup Negaraku
Kestabilan dan Kemakmuran
LaguBarisan Nasional
Tapak sesawangwww.barisannasional.org.my
Pautan lain
Dewan Negara
12 / 70
Dewan Rakyat
30 / 222
Dewan Undangan Negeri
115 / 611
Ketua Menteri Negeri
4 / 13
Simbol pilihan raya
sunting · sunting di Wikidata


Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah gabungan politik Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai gabungan parti-parti politik berhaluan tengah kanan dan berhaluan kanan untuk menggantikan Parti Perikatan. Ia merupakan gabungan politik ketiga terbesar dengan 30 kerusi di Dewan Rakyat selepas Pakatan Harapan (PH) dengan 82 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan 74 kerusi.

Gabungan ini terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC), dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Gabungan Barisan Nasional menggunakan model pemerintahan antara kaum yang sama seperti pendahulunya Parti Perikatan tetapi pada skala yang lebih luas, dengan sehingga 14 parti politik berasaskan kaum pernah menyertai gabungan ini pada satu masa. Ia menguasai politik Malaysia selama lebih tiga dekad selepas penubuhannya. Jika digabungkan dengan tempoh pemerintahan Parti Perikatan, ia telah memerintah hampir 61 tahun dari 1957 hingga 2018, menjadikannya gabungan politik yang paling lama memerintah dalam sejarah dunia demokrasi.

Sejak tahun 2008, gabungan ini menghadapi cabaran yang lebih kuat daripada parti-parti pembangkang, khususnya daripada Pakatan Rakyat dan kemudiannya Pakatan Harapan (PH). Gabungan Barisan Nasional kehilangan penguasaan ke atas parlimen kepada PH buat kali pertama dalam sejarah Malaysia selepas pilihan raya umum 2018. Ia juga merupakan kali pertama Barisan Nasional menjadi gabungan pembangkang, dengan bekas Perdana Menteri dan pengerusi Barisan Nasional Mahathir Mohamad menjadi ketua PH. Akibatnya, parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak keluar daripada gabungan tersebut dan menubuhkan gabungan mereka sendiri pada tahun 2018 dan 2022. Selepas Krisis politik Malaysia 2020, bersama empat parti lain, Barisan Nasional kembali berkuasa di bawah kerajaan pimpinan Perikatan Nasional. Namun, BN mengalami prestasi paling buruk dalam pilihan raya 2022, jatuh ke tempat ketiga di belakang Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, namun kekal dalam kerajaan dengan menyokong Pakatan Harapan.