Daerah Tangkak

Daerah Tangkak
Transkripsi lain
 • Cina东甲县 (Ringkas)
東甲縣 (Tradisional)
Dōng jiǎ xiàn (Pinyin)
 • Tamilதங்காக்
Taṅkāk (Transliterasi)
Daerah Tangkak di Johor
Daerah Tangkak
Daerah Tangkak
Daerah Tangkak
Koordinat: 2°16′06″N 102°32′21″E / 2.2683829553015196°N 102.53907778821655°E / 2.2683829553015196; 102.53907778821655
Negara Malaysia
Negeri Johor
Pusat pentadbiranBandar Tangkak
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Tangkak
Pengisytiharan sebagai daerah di Johor9 Jun 2008
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahMohd Johari Bin Tarmidi
Keluasan
 • Jumlah977 batu persegi (970.24 km2)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah163,449
 • Kepadatan170/batu persegi (170/km2)
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "coordinates_region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox settlement with unknown parameter "latd"

Daerah Tangkak adalah sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah Tangkak ialah Bandar Tangkak. Sebelum ini Daerah Tangkak dikenali sebagai kawasan Muar Utara. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar.. Daerah Tangkak merangkumi bandar Tangkak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Sagil, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang.

Daerah Tangkak secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 9 Jun 2008 dan dirasmikan oleh Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail. Pada asalnya, nama daerah ini ialah daerah Ledang. Nama tersebut telah diambil bersempena dengan nama Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor. Kemudian, pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim telah memberi perkenan nama "Tangkak" bagi menggantikan nama daerah Ledang.