Johor Bahru
Johor Bahru | |
|---|---|
| Bandaraya Johor Bahru | |
| Transkripsi lain | |
| • Tulisan Jawi | جوهر بهارو |
| • Cina | 新山 Xīnshān (Hanyu Pinyin) Sin-soaⁿ (Pe̍h-ōe-jī) Sing1 suan1 (Peng'im) |
| • Tamil | ஜொகூர் பாரு Jokūr Pāru (Transliterasi) |
Latar langit pusat bandar raya pada waktu malam Masjid Sultan Abu Bakar Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Hutan Bandar | |
Bendera Jata | |
| Nama panggilan: JB, Bandaraya Selatan | |
| Cogan kata: Johor Bahru Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa, Berbudaya dan Lestari, 'Berkhidmat, Berbudaya, Berwawasan' (برخدمت بربوديا برواوسن) | |
Johor Bahru Loksi Johor Bahru di Semenanjung Malaysia | |
| Koordinat: 1°29′N 103°44′E / 1.483°N 103.733°E | |
| Negera | Malaysia |
| Negeri | Johor |
| Daerah | Johor Bahru |
| Kawasan pentadbiran | Senarai |
| Ditubuhkan | 10 Mac 1855 (sebagai Tanjung Puteri) |
| Pemberian status negeri | 1 April 1977 |
| Pemberian status bandar | 1 Januari 1994 |
| Pentadbiran | |
| • Badan | Majlis Bandaraya Johor Bahru |
| • Datuk Bandar | Yang Berhormat Dato' Mohd Noorazam bin Dato' Osman |
| Keluasan | |
| • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 220.00 km2 (84.94 batu persegi) |
| Aras | 32 m (105 ft) |
| Penduduk (3,805,322 juta orang) | |
| • Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 1,711,191 |
| • Bandar | 2,000,000 |
| • Metro | 2,500,000 |
| Demonim | Orang Johor Bahru |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak diperhatikan) |
| Poskod | 79xxx ke 81xxx |
| Kod kawasan | 07 |
| Pendaftaran kenderaan | J |
| Laman sesawang | http://www.mbjb.gov.my/ |
| - | |
Johor Bahru (Sebutan bahasa Melayu Standard: [ˈd͡ʒohorˈbahru], tulisan Jawi: جوهر بهارو , juga dieja sebagai Johor Baru dan biasanya disingkatkan menjadi JB) merupakan sebuah bandar raya yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia, dan merupakan ibu negeri bagi negeri Johor Darul Ta'zim.
Ia dipisahkan daripada Woodlands, Singapura oleh Selat Tebrau, dan terletak sejauh 300 km ke selatan ibu negara, Kuala Lumpur. Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia–Singapura (Linkedua) bertindak sebagai laluan-laluan yang menghubungkan bandar raya ini ke Singapura, dan Lebuhraya Utara-Selatan pula menghubungkannya ke ibu negara.
Kawasan metropolitan Johor Bahru, iaitu Konurbasi Johor Bahru, merupakan yang kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur Raya. Kepadatan penduduknya melebihi sekitar 1,711,191 juta orang di kawasan pusat bandar raya sahaja (kawasan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru) tanpa merangkumi kawasan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang melebihi 2.5 juta orang. Jika digabungkan dengan rakyat-rakyat Singapura yang datang ke Johor Bahru, jumlah penduduknya ialah 5.49 juta orang, kadar pertumbuhan penduduk adalah antara yang tertinggi di Malaysia.
Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama, dengan sektor-sektor perindustrian dan perdagangan menjadi penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru. Seiring dengan kemasukannya dalam koridor Iskandar Malaysia, perkembangan sektor perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.