Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
| Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan 国民型华文中学 | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Malaysia | |
| Maklumat | |
| Nama lain | SMJK (华中) |
| Jenis | Pendidikan menengah |
| Autoriti pendidikan | Kementerian Pendidikan Malaysia |
| Gred | Peralihan, Tingkatan 1 - 6 |
| Jumlah penuntut |
|
| Bahasa pengantar | Bahasa Melayu Bahasa Cina Bahasa Inggeris |
| Kampus |
|
| Laman sesawang | https://www.smjk.my/ |
| Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan | |||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah) | |||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 國民型華文中學 | ||||||||||||||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 国民型华文中学 | ||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina Ringkas: 国民型华文中学; Cina Tradisional: 國民型華文中學; pinyin: Guómínxíng Huáwén Zhōngxué, singkatannya SMJK atau SMJK(C), Cina Ringkas: 华中; Cina Tradisional: 華中; pinyin: Huázhōng) merujuk kepada subset sekolah menengah awam kerajaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Malaysia.
Perkembangan sekolah Cina bermula sejak abad ke-19. Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantara turut diasaskan. Sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, kebanyakan sekolah menengah Cina menukar statusnya kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan menggunakan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekolah Menengah Cina Chung Ling merupakan sekolah menengah Cina pertama yang menerima bantuan kewangan kerajaan untuk menukar status menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.
Sekolah Menengah Cina yang tidak menerima skim penstrukturan semula tidak akan mendapat bantuan kewangan, mempunyai kuasa autonomi dan tidak tertakluk kepada pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Disebabkan oleh penstrukturan semula sekolah menengah Cina, maka muncul sekolah-sekolah baharu yang dinamakan sebagai “Sekolah Menengah Persendirian Cina” (华文独立中学) untuk menampung pelajar yang tidak dapat masuk ke sekolah-sekolah Cina selepas penstrukturan (juga dikenali sebagai SMJK). Selepas itu, sekolah-sekolah yang tidak menerima bantuan kewangan ini dikenali sebagai “Sekolah Menengah Persendirian Cina”.
Sebaliknya, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK) menerima bantuan tahunan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (kecuali bantuan pembangunan) dan SMJK dikawal sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, termasuk kurikulum, tenaga pengajar dan pengambilan pelajar. Lembaga pengelola sekolah dibentuk mengikut keperluan kementerian, namun hak milik tanah sekolah tetap milik asal pihak yang memiliki tanah tersebut.
Gelaran SMJK tetap digunakan dalam nama sekolah untuk membezakan antara 81 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan.