Pulau Pinang
Pulau Pinang ڤولاو ڤينڠ | |
|---|---|
| Negeri Pulau Pinang | |
| Transkripsi lain | |
| • Cina | 槟城 (Ringkas) 檳城 (Tradisional) Bīn chéng (Pinyin) |
| • Hokkien | 庇能 Pī-néeng (Tâi-lô) Pī-néⁿ (Pe̍͘h-ōa-jī) |
| • Tamil | பினாங்கு Piṉāṅku (Transliterasi) |
| • Thai | ปีนัง Pi-nang |
Jata | |
| Nama panggilan: Pulau Mutiara | |
| Cogan kata: Bersatu dan Setia | |
| Lagu: Untuk Negeri Kita | |
| Koordinat: 05°24′52″N 100°19′45″E / 5.41444°N 100.32917°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri-Negeri Selat | 1 April 1867 – 1 April 1946 |
| Pendudukan Jepun | 19 Disember 1941 – 3 September 1945 |
| Malayan Union | 1 April 1946 |
| Persekutuan Tanah Melayu | 31 Ogos 1957 |
| Pemasyhuran Malaysia | 16 September 1963 |
| Diasaskan oleh Syarikat Hindia Timur British | 11 Ogos 1786 |
| Ibu negeri | George Town, Pulau Pinang |
| Bandar terbesar | Seberang Perai |
| Pentadbiran | |
| • Jenis | Sistem berparlimen |
| • Badan | Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang |
| • Yang di-Pertua Negeri | Ramli Ngah Talib |
| • Ketua Menteri | Chow Kon Yeow (PH–DAP) |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 1,049 km2 (405 batu persegi) |
| • Pemeringkatan | ke-12 |
| Aras Bukit Bendera (833 m) | 24 m (79 ft) |
| Penduduk (2020) | |
| • Jumlah | 1,740,405 |
| • Kepadatan | 1,659/km2 (4,300/batu persegi) |
| • Pemeringkatan | ke-3 |
| Agama (2020) | |
| • Islam | 45.5% |
| • Buddha | 37.6% |
| • Hindu | 8.4% |
| • Kristian | 4.3% |
| • Agama lain | 2.4% |
| • Tiada agama | 1.7% |
| Kumpulan etnik (2020) | |
| • Cina | 41.3% |
| • Bumiputera | 41.1% (40.7% Melayu, 0.5% Orang Asli) |
| • India | 8.9% |
| • Lain-lain | 0.6% |
| • Bukan Warganegara | 8.1% |
| Zon waktu | UTC+08:00 (WPM) |
| Poskod | |
| Kod panggilan | 04 |
| Kod ISO 3166 | MY-07 |
| Huruf pertama plat kenderaan | P |
| Indeks Pembangunan Manusia | ▲0.839 (2023, sangat tinggi) |
| Pengangkutan Awam | |
| Laman sesawang | www |
Pulau Pinang (Jawi: ڤولاو ڤينڠ) atau lebih sering disebut Penang (bahasa Inggeris: Penang,ⓘ) ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia menghadap Selat Melaka. Ia terdiri daripada dua bahagian: Pulau Pinang, yang menempatkan ibu negerinya, George Town, dan Seberang Perai di Tanah Melayu. Kedua-dua bahagian ini dihubungkan secara fizikal oleh Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Negeri ini bersempadan dengan Kedah di utara dan timur, serta Perak di selatan.
Pulau Pinang merupakan antara pemacu ekonomi paling maju di Malaysia, dengan KDNK per kapita tertinggi dan Indeks Pembangunan Manusia tertinggi dalam kalangan semua negeri. Ia juga berada di kedudukan kedua tertinggi dalam purata gaji bulanan. Pulau Pinang ialah pengeksport utama negara dengan jumlah eksport hampir RM495 bilion (US$119.57 bilion) pada tahun 2024, kebanyakannya melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang juga merupakan kedua tersibuk di negara ini dari segi pergerakan pesawat.
Pulau Pinang diasaskan oleh Francis Light pada tahun 1786 dan menjadi sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat, sebuah tanah jajahan Mahkota British yang turut merangkumi Melaka dan Singapura. Semasa Perang Dunia Kedua, Pulau Pinang telah diduduki oleh Jepun, namun British mengambil alih semula pada tahun 1945. Pulau Pinang kemudiannya digabungkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia), yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ekonomi negeri ini telah beralih daripada perdagangan entrepôt kepada pembuatan elektronik dan sektor tertiari sepanjang akhir abad ke-20.
Dengan 1.74 juta penduduk dan kepadatan penduduk sebanyak 1,659/km2 (4,300/sq mi) setakat 2020, Pulau Pinang merupakan salah satu negeri yang paling padat dan membangun di Malaysia. Seberang Perai ialah bandar ketiga terbesar di Malaysia dari segi populasi. Pulau Pinang mempunyai masyarakat yang pelbagai budaya dengan populasi yang terdiri daripada Cina, Melayu, India, Eurasia, Siam dan ekspatriat.