Jamal Abdillah


Jamal Abdillah

Jamal sewaktu membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-23.
Kelahiran
Jamal Ubaidillah bin Mohd Ali

(1959-05-07) 7 Mei 1959
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1973–kini
PangkatRaja Pop Malaysia
Pasangan
  • Basariah
    Abdul Latif
    (cerai)
  • Noraina
    Mohd Yusof
    (cerai)
  • Fatimatuzahra
    Abdul Samad
    (cerai)
  • Datin Zai Izzati Khairuddin (k. 2017)
Anak-anak
  • 1. Osama Yamani
    Jamal Ubaidillah

    (Anak lelaki)
  • 2. Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah
    (Anak lelaki)
  • 3. Nur Azura Yamani Jamal Ubaidillah
    (Anak perempuan)
  • 4. El Isaac Yamani Jamal Ubaidillah
    (Anak lelaki)
  • 5. Iskandar Rayyan Yamani Jamal Ubaidillah
    (Anak lelaki)
  • 6. Rahil Laura Salsabila Yamani Jamal Ubaidillah
    (Anak perempuan)
  • 7. Magdalena Yamani Jamal Ubaidillah
    (Anak perempuan)
Ibu bapa
  • Haji Mohd Ali Hussain (Bapa)
  • Zainon Hassan
    (Ibu)
Keluarga
  • Jamilul Hayat
    Mohd Ali
    (Adik lelaki)
  • Helmi Hussaini
    Mohd Ali
    (Adik lelaki)
  • Ahmad Tihami
    Mohd Ali
    (Adik lelaki)
Kerjaya muzik
GenrePop
Alat muzikVokal
DiskografiLihat: Diskografi Jamal Abdillah
Syarikat rakamanEMI, Warner Music Malaysia
Kegiatan berkaitanAhmad Nawab, Rahmat Zaki, M. Nasir, Habsah Hassan, Juwie, S. Amin Shahab, Fauzi Marzuki

Dato’ Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali yang lebih dikenali sebagai Jamal Abdillah (lahir 7 Mei 1959) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali setelah muncul sebagai juara pertandingan Bintang RTM pada 1979. Selepas itu, namanya kian memuncak menerusi lagu-lagu popularnya seperti "Perpisahan Tanpa Relamu", "Derita Cinta", "Azura", "Sandarkan Pada Kenangan", "Kau Lupa Janji", "Cinta Yang Terbiar", "Kekasih Awal dan Akhir" dan "Penghujung Rindu".

Beliau ialah antara salah seorang penyanyi Malaysia yang berjaya menghasilkan album solo di setiap 4 dekad berturut-turut selain Dato' M Nasir, Dato' Sharifah Aini, Anita Sarawak, Dato' Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, ND Lala, Hattan, Alleycats dan Noraniza Idris. Jamal turut berkecimpung dalam bidang lakonan dengan membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Azura serta Kekasih Awal dan Akhir. Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Raja Pop Malaysia. Sepanjang kerjayanya, Jamal pernah meraih gelaran Persembahan Vokal Lelaki Terbaik sebanyak dua kali oleh Anugerah Industri Muzik (AIM) serta pernah juga memenangi trofi Penyanyi Lelaki Popular di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Anak-anak beliau, Zaki Yamani dan Osama Yamani meneruskan perjuangan beliau dalam bidang muzik.